Pihak berkepentingan yang terlibat dalam penggunakan "Automated- Checkout System" di pasar raya

Seperti yang kita semua tahu, sekarang satu dunia telah dilanda wabak "COVID-19". Hal ini menyebabkan ramai pihak terpaksa akur dengan menukar rutin/ cara hidup bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan wabak tersebut. Salah satunya , setiap orang disarankan supaya menjaga jarak sosial antara satu sama lain.

            Terdapat beberapa pasar raya besar yang telah menggunakan kaedah "Automated- Checkout System" atau dalam bahasa melayunya dipanggil "Sistem Daftar Keluar Automatik". Ini bertujuan bagi meminimakan penyebaran virus tersebut. Siapakah pihak yang berkepentingan yang terlibat dalam sistem ini ? Bagaimana mereka berinteraksi dengan sistem tersebut ?

1) Pemilik Pasar Raya 
  • Mencari atau mengupah pembekal untuk menyediakan sistem yang efektif untuk pengguna. Sistem yang disediakan perlulah menjalankan kerja dengan baik seperti menjalankan tugas pengiraan duit yang betul supaya tidak berlaku kerugian pada bisnes serta beroperasi dengan cepat dan mudah untuk digunakan. 
  • Sistem ini juga perlulah disediakan dalam kuantiti yang mencukupi supaya tidak berlaku pengumpulan orang ramai di pasar raya apabila sistem disediakan tidak mencukupi. Jika orang ramai berkumpul sudah pasti risiko mereka terkena jangkitan virus akan lebih tinggi.
3) Pembekal
  • Membuat kajian mengenai sistem untuk membuat penambahbaikan sistem. Pembekal boleh bertanya kepada pekerja pasar raya tentang kekurangan sistem tersebut kerana pekerja merupakan orang yang paling lama berhadapan dengan pelanggan . Dengan berbuat demikian sistem tersebut dapat disediakan mengikut keperluan pengguna.
  • Contoh penambahbaikan : menyediakan sistem yang efektif yang boleh beroperasi dengan cepat dan mudah serta sistem yang dapat membuat pengiraan wang dengan betul. 

2) Pelanggan (Merupakan pengguna utama bagi sistem ini )
  • Terlebih dahulu, pelanggan mestilah mengetahui cara penggunaan sistem tersebut. Mengapa? Kerana untuk mengelakkan pelanggan daripada menggunakan masa yang lama semasa menggunakan sistem tersebut. Lebih banyak masa yang digunakan lebih tinggi peratus risiko untuk terkena jangkitan virus tersebut. 
  • Bagi pelanggan yang kurang mengetahui cara penggunaannya,pelanggan boleh merujuk garis panduan pengguna(User guideline) yang tersedia di sistem tersebut atau pun pelanggan juga boleh terus meminta bantuan staff yang ditugaskan untuk membantu pelanggan di pasar raya tersebut. 

Comments

Popular posts from this blog

Video Conference System Sketching Ideas

Resepi sup ayam lalaalala